Monday, July 10, 2006

The 21st Century Business

Hai guyz... lama rasanya tak berceloteh kat sini.. celoteh celoteh.. eheheh aku nih memang suka menyanyi... wat aper pun mesti menyanyi... tapi kalau aku solat tak lah. Takkan tgh solat aku nak menyanyi plak kan.

Oklah.. selama aku hidup dalam dunia ni, aku selalu dipandang hina oleh sesetengah masyarakat. Sampaikan nak kahwin dulu siap kena sound jangan sampai anak dia susah. Itu oklagi lah. Ada plak gosip yang aku dengar, " Fitri tu nak bagi anak aku makan apa?" Perghh pedih siot aku dengar. Bernanah telinga aku. Bayangkan betapa hinanya aku sampai orang leh cakap macam tu pasal aku. Kalau ada alas tu aku ok lagi tapi nih dah kira dah tak ada alas dah nih.

Atas dasar itu jugalah, aku mencari peluang bisnes bertujuan untuk memperbaiki taraf hidup keluarga aku dan aku sendiri. Aku amat berterima kasih pada Fahmi yang memperkenalkan bisnes ini pada aku. Tak aku sangka, ada juga syarikat yang sanggup memberikan ganjaran yang tinggi pada ahlinya dengan nilai risiko yang rendah. Lama dah aku cari tapi akhirnya aku jumpa juga...Alhamdulillah.

Biar aku cerita sikit pada korang. Sebenarnya apa yang Fahmi bagi kat aku adalah peluang. Dan aku dah sambar peluang itu untuk sama sama berjaya dengan dia. Dalam mencari income, ada 4 kategori iaitu E(employee), B(business),S(self-employed),I(investor) dan dalam keempat-empat kategori ni, paling banyak buat duit adalah dalam golongan investor. Biar aku explain sikit. Employee tu macam biasalah kan, kerja makan gaji, amik overtime bla bla. Tapi income, majikan yang tetapkan. While for business, orang berniagalah kan. Tiada majikan yang akan tetapkan income dia. Dia ada pekerja dan dia perlu bayar gaji pekerja. Self employ ni dia lebih kurang dengan business cuma bezanya dia disini dia takder pekerja. Contoh orang yang buat MLM lah. Dan investor adalah pelabur. Biasanya orang akan banyak dalam golongan pelabur. Contoh macam orang main saham lah. Kenapa orang main saham sedangkan orang tahu risikonya tinggi kan. Dekat business yang aku buat, high income tapi low risk. Dan aku dah join Fahmi sebagai investor. Dalam kata sekiranya seseorang nak buat bisnes hatta bisnes apa sekalipun, dia akan menilai daripada 4 faktor. Iaitu Pasaran(market), Produk, Return Of Investment dan Risiko. Aku akan pergi satu persatu apa yang aku nampak dalam bisnes nih.

Market.

Kalau nak cerita pasal marketlah, aku bagi contoh untuk korang fikirkan. Sekiranya dalam dunia ni hanya ada satu jenis kereta saja, korang agak agak lah kan, besar tak market proton? Kaya tak proton? Aku jawap kan lah. Mestilah kaya. Dah dia jer yang keluarkan kereta, mestilah dia kaya betul tak? So macam tulah kitorang. Sebab market kitorang tak ada orang lain yang boleh kacau sebab kita tak involve dalam produk kesihatan. Kenapa bukan produk kesihatan? Bayangkan ari nih keluar satu vitamin C yang aku jual dengan korang. Tahun depan ada lagi satu company baru buka jual vitamin C+. Tahun berikutnya pun ada satu lagi buka jual vitamin C++. So nampak tak persaingan nya dari setahun ke setahun. Lagipun kalau aku nak jual produk kesihatan sekarang nih agak payah sebab aku kena bersaing dengan produk produk lain yang dah lama berada dipasaran.

Produk

Produk kitorang dah berada dipasaran lebih seratus tahun. Dan kitorang ada ISO dimana dalam dunia ISO ini hanya diberikan kepada tak lebih dari 200 company. Syarat utama untuk dapat ISO ni adalah mesti beroperasi lebih dari 50 tahun dan dalam masa 50 tahun tu tidak ada sebarang complaint daripada pengguna. Dan produk ini dah di patented kan bertujuan mengelakkan agar tak ada orang yang tiru cara produk ini bekerja. Design mungkin orang boleh tiru tapi how it works, hanya company ini sahaja yang tahu. Maknanya, dari segi produk dan market, business ni secure. Memang secure sebab tak ada orang yang boleh copy apa yang kita buat dan belum ada yang try nak jadi pesaing.

Return Of Investment

Sometimes dalam bisnes, untuk balik semula modal, akan memakan masa berbulan dan kadang kadang bertahun. Dalam bisnes nih, pembalikan semula modal adalah ditetapkan sendiri. Pernah jadi sejarah, ada seorang ahli tu balik semula modal dia dalam masa satu hari. 4 bulan selepas tu dia dah beli K4 Brabus. Bermakna, company tidak akan menyekat kemahuan ahli untuk balik modal seberapa cepat yang dia nak. Bergantung pada effort yang korang letakkan.

Risiko

Ada dengar risiko bisnes untuk rugi 10% daripada modal yang dikeluarkan? Ada tak? Dalam bisnes ni untuk rugi adalah 10% daripada apa yang dimodalkan. High income but low risk for this business. Kenapa orang main saham sedangkan diorang tahu market sekarang tak berapa baik? Sebab saham akan bagi orang high income but high risk. Tapi dalam business nih high income with low risk. Diulangi HIGH INCOME BUT LOW RISK.

Hmm itu adalah sedikit sebanyak tentang business ni. Pada yang masih tertanya tanya apa sebenarnya produk ni, aku hanya boleh kata yang aku involve dalam air market. Yes! Air is my business. So kalau ada yang ada interest to know more about this business leh lah gi ofis tapi kena call aku dulu. Nanti aku akan setkan satu advisor dan dia akan terangkan semuanya dari A sampai Z tentang bisnes nih.

Sebenarnya, aku buat bisnes ni bukan untuk aku. Tapi untuk kedua orang tua aku. Niat aku masa aku mula-mula kerja dulu nak bawa diorang pergi haji satu hari nanti. Tapi aku nampak impian dan niat aku tu semakin kabur lepas semakin lama aku kerja kat tempat aku kerja sekarang nih. Jadi bila aku nampak peluang ni, aku terbayang yang niat aku dapat aku capai juga kalau aku berusaha. Kerja makan gaji dengan buat bisnes lain income dia. Kalau kerja makan gaji, kerja kuat-kuat, kerja teruk teruk orang lain juga yang kaya. Tapi dalam bisnes ni, kau kerja lebih, kau akan dapat income lebih. Selari dengan usaha yang dijalankan. Tak ada presure. Tak ada siapa yang marah kau. Tapi kalau ada yang marah kau pun sekadar untuk merubah hidup kau, kau nak kisah ker? Kalau aku, kalau dia nak basuh aku satu badan untuk ubah kehidupan aku, memang aku tak kisah. Sebab aku tau, aku jenis yang nak kena basuh sikit. Insya'allah kalau tak ada aral melintang hujung tahun nih aku nak bawa mak dan abah aku gi umrah. Dan kalau tak ada aral juga, aku nak bawa mak dan abah gi haji dalam masa dua tahun lagi. Aku budget untuk bawa diorang tahun depan, tapi aku takut tak sempat. Takperlah mak, cepat atau lambat, Apit akan bawa juga mak dan abah ke tanah suci mekah.

Akhir kata, A winner is not one who never fails, but one who NEVER QUITS!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home