Monday, May 29, 2006

My Team tewas di tangan Malaysia Bawah 20

Bangun pagi, aku di belenggu rasa kecewa. Dua benda aku kecewa. Satu, sebab FAM tak tunaikan janji untuk menurunkan skuad utama Malaysia menentang My Team. Yang kedua sebab My Team tewas di tangan skuad Malaysia Bawah 20. Bosan aku tgk game malam tadi.

Kesimpulan ringkas yang boleh dibuat, skuad Malaysia B20 menguasai hampir keseluruhan permainan. My Team hanya banyak bertahan daripada menyerang. Petang semalam aku dapat satu ilmu daripada satu filem yang sedang hangat di pawagam. "Sometimes offense is a great defense". Tapi permainan malam tadi nampak sangat My Team hanya mencari gol awal dan terus bertahan hingga ke akhir masa. Langsung tak nak menyerang. Corak menyerang hanya datang selepas mereka tertinggal satu gol. Itu pun masa ada tak sampai 15 minit. Apa pun aku puji kepada semua pihak yang terlibat dalam membentuk pasukan My Team. Syabas My Team.

Langkah Khairy Jamaluddin dan Shebby dalam mencari bakat-bakat baru dari seluruh pelusuk Malaysia. Dengan jangkamasa yang singkat, Shebby berjaya membawa pasukan My Team biarpun tewas. Bagi aku, percubaan Khairy dan Shebby wajar dipuji. FAM sepatutnya sudah lama menjalankan program sebegini dalam mencari pelapis skuad bola sepak kebangsaan kita yang seakan-akan hidup segan mati tak mau. Sepatutnya juga FAM memegang pada janji dengan menghantar skuad utama kebangsaan menentang My Team.

Keputusan FAM menghantar skuad utama dan skuad B23 ke Singapura seolah-olah memberitahu rakyat Malaysia bahawa FAM tidak menyokong tindakan ini. Atau pun FAM takut dan malu skuad utama kebangsaan akan dimalukan oleh pasukan My Team yang nampak jauh lebih baik daripada skuad B20. Tindakan FAM juga menunjukkan bahawa FAM sahaja yang dapat melahirkan satu pasukan terbaik di Malaysia walaupun pada hakikatnya tidak.

FAM patut dirombak semula. Keluarkan ahli politik dari AJK atasan. AJK atasan jangan jadi bodoh sombong seolah-olah dia saja yang betul dengan memperlekehkan usaha orang lain dalam memartabatkan sukan bolasepak. Bagi aku, kerja pengurus adalah mencari sumber kewangan dan lain-lain yang berkaitan dengan pasukan. Apabila tiba bab pemain, biarkan jurulatih yang buat keputusan. Jangan ada campurtangan dari pihak pengurusan. Kerana jurulatih adalah insan paling dekat dengan pemain disamping rakan sepasukan. Dia lebih tau apa nak buat, pemain mana yang sesuai, taktik mana nak guna dan sebagainya. 15 tahun pengalaman Shebby dalam bolasepak. Kenapa perlu diperlekehkan apa yang dia buat? Kalau dia tak bagus, kenapa ESPN jemput Shebby untuk komen perlawanan EPL? Kalau AJK atasan FAM bagus, kenapa ESPN tak jemput diorang? SEBAB DIORANG TAK TAU APA-APA PASAL BOLA. Yang diorang tau adalah bola tu bulat. Yang lain tak tau apa pun. Teruskanlah sikap begini aku pasti pasukan Malaysia akan berada dalam kelompok terbawah ranking FIFA.

Walaubagaimanapun, aku berharap sangat agar pasukan MY TEAM ni dikekalkan. Ini kerana, jika pasukan ini terus digilap, tak mustahil satu hari nanti ia bakal menggantikan skuad utama kebangsaan kita. Fikir-fikirkanlah.